Selasa, 17 Februari 2015

Cara mudah menyatukan dan mengecilkan fail pdf

Anda tentu akan mengalami masalah untuk menghantar email kerana saiz fail yang dihantar terlalu besar.Ada cara yang mudah untuk menyambungkan atau menyatukan dan mengecilkan fail PDF anda sebelum dihantar menggunakan email.

Ikuti langkah dibawah :

1. Buka url http://www.ilovepdf.com/merge_pdf  untuk menyambungkan atau menjadikan fail pdf yang banyak kepada satu fail.
2. Buka fail yang hendak disatukan


3.Kemudian selesai fail tersebut anda perlu mengecilkan fail PDF tersebut.Buka URL http://smallpdf.com/compress-pdf dan pilih fail yang hendak dikecilkan.Fail juga boleh di buka dari Google Drive anda.