JD Juruteknik Komputer

Skop tugas umum bagi jawatan Juruteknik Komputer antaranya adalah 
seperti berikut:

(i)    Bidang Penyenggaraan Sistem

Menjalankan kerja-kerja penyelenggaraan pencegahan dan 
penyelenggaraan perkakasan ICT seperti:


  • Pemeriksaan, penyelenggaraan dan membaik pulih peralatan ICT yang rosak;
  • menjalankan kerja-kerja peningkatan keupayaan komputer
  • menjalankan kerja-kerja yang berkaitan dengan pemasangan komputer dan elektronik.


(ii)   Bidang Penyelenggaraan Aplikasi


  • Melaksanakan instalasi program mengikut keperluan pengguna komputer
  • menjalankan peningkatan perisian ke versi terkini
  • menerima aduan kerosakan dan bertindak ke atas sebarang kerosakan (Help-desk dan troubleshooting).


(iii)  Bidang Operasi Sistem


  • Memastikan keselamatan data, bilik komputer dan bilik server sentiasa diamalkan
  • amalan pengendalian Sistem Pencegah Kebakaran.

Skop tugas yang dinyatakan di atas merupakan skop umum bagi tugas Juruteknik Komputer dalam sektor awam.  Ia tidak bermakna semua Juruteknik Komputer akan melaksanakan tugas yang sama di semua agensi 
kerajaan. Senarai tugas Juruteknik Komputer akan disesuaikan mengikut penempatan di sesuatu agensi dan peralatan ICT yang dikendalikan. Di samping itu, tugas membaik pulih peralatan ICT merupakan contoh 
pembaikan kecil yang dibuat oleh Juruteknik Komputer dan kemungkinan besar tugas tersebut tidak lagi relevan pada masa kini di kementerian atau jabatan tetapi tugas ini masih lagi dilaksanakan di makmal komputer sekolah dan institusi pengajian/latihan. Kadar kerosakan peralatan ICT di sekolah dan 
institusi pengajian agak tinggi dan Juruteknik Komputer sering dirujuk untuk memperbaiki kerosakan kecil kerana peruntukan penyenggaraan yang terhad. Berbeza dengan kementerian/jabatan, peralatan ICT yang rosak selalunya diganti dengan yang baru atau dibaiki oleh pembekal dalam tempoh jaminan.

Sumber : SPA